PATTANI: Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Beliau berkata, langkah tersebut bagi mengelakkan mereka ditipu oleh pengendali perkhidmatan tersebut.
"Sebelum ini, saya menerima berita ada dalam kalangan individu yang terlibat pernah ditinggalkan di tepi jalan gara-gara tidak bersetuju dengan pakej disediakan.
"Pada masa sama, ada yang menjanjikan semua dokumen akan siap dalam tempoh sehari sebaliknya tidak. Hal ini kerana dokumentasi mengambil masa sehari, biasanya akan siap keesokannya," katanya semasa ditemui pada Festival Asia 2024 yang diadakan di Asean Mall Pattani di sini.
Menurut beliau, sikap waspada itu bertujuan mengelakkan pasangan terlibat berdepan dengan masalah di kemudian hari.
Ujarnya, kebanyakan perkahwinan ini berlangsung di Songkhla, Narahitwat, Pattani dan Yala.
Dalam perkembangan sama, Ahmad Fahmi berkata, seramai 700 pasangan dari Malaysia telah bernikah di Selatan Thailand sepanjang tempoh tiga bulan tahun ini bermula Januari hingga Mac.
Beliau berkata, jumlah tersebut berpandukan kepada pasangan yang tampil membuat pengesahan dokumen pernikahan.
"Namun bagi mereka yang tidak membuat pengesahan, kita tidak tahu.
"Kita percaya ramai yang tidak tampil membuat pengesahan sekali gus menyukarkan pasangan berkenaan untuk mendaftarkan perkahwinan di Malaysia," katanya.
Menurut beliau, pihaknya akan membuat semakan sama ada pasangan berkenaan berkahwin dengan jurunikah bertauliah atau sebaliknya sebaik sahaja pengesahan dokumen yang dibuat di pejabat konsulat.
Ujarnya, setakat ini pasangan yang berkahwin di Selatan Thailand mendapatkan khidmat jurunikah yang bertauliah.
Ahmad Fahmi memberitahu, pihaknya khuatir mereka yang tidak membuat pengesahan dinikahkan dengan jurunikah yang tidak bertauliah, sebaliknya yang disediakan ejen tertentu.
“Justeru, kita nasihatkan kepada mana-mana pasangan dari Malaysia yang mahu berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak tertipu dengan ejen-ejen nikah yang menawarkan pelbagai pakej, namun akhirnya dinikahkan dengan jurunikah tidak bertauliah," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 28 2024
Kebanyakan perkahwinan di selatan Thailand berlangsung di Songkhla, Narahitwat, Pattani dan Yala. - Gambar hiasan
Peralihan teraju kepimpinan Singapura malam ini
Upacara angkat sumpah perdana menteri keempat Singapura itu akan berlangsung pada 8 malam ini di Istana.
Pertemuan PM Anwar dan Hamas timbul resah Barat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui pertemuan beliau dengan pemimpin tertinggi Hamas pada Selasa berkemungkinan menimbulkan keresahan dalam kalangan rakan-rakan Malaysia khususnya dari Barat.
50 trak bantuan yang memasuki Gaza pada Ahad "hampir tidak cukup".
Itu yang dikatakan jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Vaden Patel pada Selasa dimana beliau percaya masih lebih banyak yang perlu dilakukan untuk melancarkan proses aliran bantuan ke dalam Gaza.
Genap 76 tahun Nakba, saksi pembantaian kejam Israel
15 Mei, menandakan genap 76 tahun, tanah rakyat Palestin telah dirampas secara ganas dan dipindahkan secara paksa di tangan peneroka haram Yahudi, tentera zionis Israel.
Kerajaan cadang akta pembangunan hartanah bagi Semenanjung Malaysia - Nga
Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, idea penubuhan akta berikutan kehidupan moden dalam pembangunan bercampur merangkumi peruncitan, komersial, SOHO (pejabat kecil/pejabat rumah) dan kediaman perubatan.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah
Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang waktu tempatan di Hotel Abraj Al Janadiriyah, Mekah.
ICW, BUILDXPO 2024 sasar jualan RM1 Bilion tahun 2024
Setelah mencatat jualan 494.3 juta ringgit tahun lepas, minggu pembinaan antarabangsa (ICW) dan pameran industri bangunan dan pembinaan antarabangsa Malaysia (BUILDXPO) 2024 menyasarkan hasil jualan sebanyak RM1 bilion tahun ini.
Pertemuan bersama Presiden Poland signifikan - PM Anwar
Sementara itu, Perdana Menteri memaklumkan beliau turut berkesempatan mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Poland Andrzej Duda semasa Forum Ekonomi Qatar 2024.
UKM buka kampus di Doha, PM Anwar bangga
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembukaan bersejarah Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Doha, Qatar hari ini telah meletakkan status pengajian tinggi negara di pentas dunia.
PM tiba di Republik Kyrgyz selama dua hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini malam ini untuk lawatan rasmi dua hari ke Republik Kyrgyz.
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Waspada ejen nikah Siam
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Selatan Thailand kembali jadi tumpuan Datuk, ahli politik untuk nikah
Kedatangan pasangan dari Malaysia menunjukkan trend peningkatan terutama orang kenamaan bergelar Datuk.